Pengenalan wakil staf

Ketua Pegawai Eksekutif – Koji Takahashi


Lulusan Sekolah Siswazah Universiti Sains Tokyo pada tahun 2005.

Menyertai Jepun BEA Systems pada tahun 2005.

Menyertai Zenwaves STPL pada tahun 2007 di ibu pejabat India.

2008 Dilantik sebagai Pengarah ZenwavesSTPL.

Menubuhkan Eagle Eye Co., Ltd. pada tahun 2009. Dilantik sebagai wakil dan Ketua Pegawai Eksekutif.

Perutusan Presiden
◆ Membawa kekuatan IT untuk perniagaan anda

Sejak dibuka pada tahun 2009, kami terus mempelbagaikan perniagaan kami dengan memanfaatkan sepenuhnya IT.

Di laman web membeli-belah, kami menyediakan produk-produk bertaraf tinggi (sekitar 300,000 item) kepada pelanggan di seluruh dunia dengan harga yang berpatutan.

Sejak tahun 2010, kami telah mengembangkan bisnes kami ke pasaran luar negara seperti Malaysia dan Indonesia, iaitu lokasi yang pertumbuhan besar diharapkan pada masa depan.

Dengan memperoleh kebenaran sebagai agensi pelancongan tahap kelas ketiga pada tahun 2016, syarikat berpotensi untuk mengatur pelbagai jenis itinerari pelancongan ke Jepun untuk orang luar negara seperti Malaysia dan Indonesia. Kami menyediakan perniagaan penginapan dan pelancongan untuk pelancong, serta membantu mendapatkan hotel atau penginapan di seluruh Jepun.

Sekali pandang, syarikat dilihat sebagai entiti yang menjalankan banyak perniagaan yang berbeza. Walau bagaimanapun , latar belakang syarikat masih lagi menfokuskan pada kecekapan maksimum dan penyediaan perkhidmatan sistem IT secara konsisten.

Syarikat percaya bahawa semua perniagaan mempunyai ruang untuk meningkatkan kecekapan dan menambah nilai baru melalui IT. Selain itu, syarikat sentiasa berusaha supaya mampu memberikan perkhidmatan IT dan penyediaan sumber manusia untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Syarikat akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik sebagai model standard bagi syarikat IT.

Ketua Pegawai Eksekutif Eagle Eye Koji Takahashi

イーグルアイ 代表取締役 高橋幸司